I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered By Blogger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Laman Utama

Rabu, 4 Mei 2011

Tasik Pergau lokasi kaki pancing



Tasik Pergau adalah tasik buatan yang terbentuk akibat projek hidroelektrik. Tasik ini terletak di tepi jalan raya timur barat yang menghubungi Jeli di Kelantan dan Grik, di Perak.

Tasik ini terletak di kawasan tanah tinggi, ini boleh dirasai sekiranya anda bermalam di tasik ini, sejuk hingga ke tulang. Tasik Pergau, di kenali dengan panggilan batu 14 oleh kaki pancing di sekitar Jeli kerana lokasi pintu masuk kaki pancing  ke tasik ini terletak di kilometer 14.

Terdapat 3 akses ke tasik ini oleh kaki pancing iaitu batu 14, pengkalan kesedar dan batu 17 , namun jalan ini sudah tidak boleh diakses kerana sudah semak samun. Spesies yang biasa menjadi buruan kaki pancing ialah toman, sebarau, baung, talapia, tengas.

Toman Pergau biasanya diburu pada waktu tengahari dengan berumpan anak keli saiz (12 ekor/ kg) sekitar pulau di tasik ini. Toman merupakan ikan palig popular di tasik ini. Sekitar 2002-2005 tasik Pergau menjadi semacam pesta di hujung minggu oleh kaki pancing kelantan memburu toman kerana terdapat begitu banyak ikan berjalur batik di dalam tasik ini. sekiranya bertuah anda mungkin boleh naikkan toman sekitar 10-15 kg.
Baung kebiasaan diburu disebelah malam, berumpankan anak ikan seperti anak daun dan anak keli 2 inci. Baung sekitar 2-5 kilo boleh didapati di tasik ini sekiranya kena dengan tempat pancing.
Bagi yang ingin merasa tarikan ikan bersisik seperti tengas dan sebarau anda boleh ke hulu air atau palo air tasik ini. Hulu air, nama jolokan untuk hulu sungai pergau yang menghala masuk ke dalam tasik ini. Di sini terdapat spesies tengas sekitar 1-2 kilo galak bermain air chegar.

Bagaimana untuk ke sana:

sekiranya anda dari Kota Bharu/K. Terengganu atau timur.
anda perlu menghala ke bandar Jeli iaitu lebih kurang 100 km dari K. Bharu. Tasik ini terletak lebih kurang 40 kilometer ke timur Jeli. Anda perlu melalui jalan raya timur barat menghala ke Grik, Perak.

sekiranya anda dari Perak atau utara,
anda perlu mengambil laluan jalan timur barat menghala ke kelantan. Selepas pekan Grik, anda akan bertemu dengan tasik Banding. Dari tasik ini, lebih kurang sejam perjalanan anda akan sampai di tasik Pergau.

Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, Cameron Highlands atau selatan.
anda boleh melalui jalan Gua Musang ke Jeli iaitu lebih kurang sejam setengah perjalanan dari Gua Musang anda akan sampai di Jeli. Tapi buat masa sekarang, laluan ini tidak digalakkan kerana banyak jalan rosak, sekiranya pakai 4WD tiada masalah.
Anda mungkin boleh ambil laluan biasa dari Gua Musang – Kuala Krai – Machang – Jeli. cuma laluan ini jauh sedikit tetapi selamat buat anda dan kereta. Selepas sampai di Jeli, ambil jalan ke Grik.

sekiranya anda dari Pattani atau selatan Thailand
terdapat 2 pintu masuk sempadan untuk kenderaan satu di Bukit Bunga – Buket Thai dan Rantau Panjang – Golok. Dari bandar Rantau Panjang ambil jalan lama ke Jeli atau dikenali jalan Lalang Puyu. Sampai di cabang 3 puyu ambil kiri menghala ke Jeli. Selepas sampai di Jeli terus menghala ke Grik.

Penginapan di Tasik Pergau
Terdapat 2 pilihan bagi pemancing/pengunjung untuk bermalam di tasik ini, bermula tahun 2007  kesedar Jeli telah membangunkan beberapa chalet iaitu di sekitar pulau atau di tebing tasik. Anda boleh menyewa chalet ini, untuk sebarang pertanyaan berkenaan kadar sewa atau tempahan sila rujuk kesedar Jeli.
Pilihan kedua, anda boleh membawa khemah dan bermalam di beberapa buah pulau seperti pulau D.O atau pulau PAS, untuk lebih selesa anda boleh sewa tapak khemah dari kesedar atau mencari sendiri lokasi pulau yang sesuai. Anda boleh menyewa bot di pengkalan kesedar untuk tujuan ini.

Pemancing tidak digalakkan berkhemah di tebing tasik bersempadankan hutan simpan gunung Basor sekitar tasik kerana terdapat gajah liar dan harimau. Aktiviti perkhemahan di hulu air tidak digalakkan kerana terdapat pemancing pernah diserang gajah hutan ketika berkhemah di sini.

selamat memancing di Tasik Pergau dari komuniti jeliloni.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan