Daerah Jeli, sememangnya kaya dengan keindahan dan sumber alamnya. Salah satu kurnia semulajadi yang jarang-jarang terdapat di tempat lain ialah kolam air panas.
Mungkin sesetengah orang sudah mengetahui akan kewujudan kolam air panas di Jeli. Namun saya percaya ada juga yang ramai belum tahu. Di sini saya akan paparkan serba sedikit informasi berkenaan kolam air panas tunggal di Jeli.
Kolam air panas di tanah tinggi
Kolam air panas ini terletak di kawasan Batu Melintang, iaitu di tepi jalan raya Timur Barat yang menghubungkan Jeli dengan Gerik di Perak. Kawasan ini lebih dikenali sebagai Kg Kolam Air Panas.Sebenarnya untuk sampai ke kolam air panas ini, anda hanya perlu mengambil jalan menghala ke Gerik, Perak. Lokasinya terletak 25 km dari bandar Jeli atau 20 minit perjalanan. Bagi yang tiada kenderaan sendiri, terdapat dua pilihan iaitu anda boleh Menaiki bas trip Jeli – Gerik yang biasa bertolak sekitar jam 11.00 pagi, namun hanya untuk perjalanan pergi sahaja untuk balik anda kena naik teksi atau lori.
Pilihan kedua mengambil teksi di bandar Jeli untuk perjalanan pergi dan balik. Pilihan terbaik baik pergi dengan kereta sendiri. Sekiranya anda ke Tasik Pergau dari bandar Jeli, anda berjumpa kolam air panas ini terlebih dahulu. Ada masa sila singgah sekejap.
pintu gerbang ke kolam air panas Jeli
Pembangunan kolam ini sebagai kawasan reakreasi telah lama dibuat oleh pihak berwajib. Dengan kemudahan surau, meja makan, bangsal untuk beteduh serta jambatan merentasi kolam. Sekitar kolam turut sama dinaik taraf iaitu kawasan tebing kolam disimen, laluan perjalan kaki dibina dan tangga disediakan. Ini bertujuan menyediakan persekitaran 3S iaitu yang lebih sesuai, selesa dan selamat. Khususnya bagi yang berkeluarga.
Kolam 3 beradik
Kolam panas di sini terdapat 3 kesemuannya iaitu kolam sulung, tengah dan bongsu. Kedudukan kolam ini berdasarkan tahap kepanasan ,kolam sulung paling panas dan diikuti dengan kolam tengah dan terakhir kolam bongsu. Kolam sulung merupakan sumber air panas keluar dan dialirkan ke kolam lain. Kebiasaannya menjadi tempat merebus telur bagi setengah pengunjung, nak cepat masak bawa telur puyuh.
Kolam kedua dan ketiga lebih sesuai untuk mandi, kerana suhu air yang lebih rendah. Kolam bangsu dicadangkan untuk kanak-kanak mandi.
Kolam air panas, selain kawasan rekreasi turuti sama dipercayai mempunyai nilai dari segi perubatan. Ini saya pratikkan semasa mengunjungi sebuah kawasan air panas di Selangor, setiap pagi minggu berpusu-pusu orang ramai datang bersuana di sini.Namun bagi yang kali pertama datang berendam di sini, anda akan lenguh-lenguh tubuh dan bagi yang fobia dengan bau belerang atau sulfur, mungkin sekadar merendam kaki.
Majoritinya dari bangsa tiohghua, kesedaran tinggi di kalangan mereka terhadap nilai perubatan kolam air panas mewujudkan satu budaya unik. Kebanyakan datang berkeluarga malah ada menjadikan rutin mingguan.
Cuaca waktu pagi di kawasan berbukit ini yang agak sejuk dan keredupan pokok hutan yang menghijau merupakan satu kelebihan yang jarang-jarang terdapat pada kolam air panas yang lain.
Tidak seperti mana kolam air panas lain, kolam ini agak kurang dikunjungi berdasarkan suasana sekitar kolam ni. Dengan beberapa kemudahan telah rosak dan terbiar. Kemungkinan faktor lokasi, kurang pendedahan dan perlibatan kawasan ini kepada umum meyuramkan suasana di sini.
Pertumbuhan industri inap desa @ homestay di kawasan Jeli sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, boleh memasukkan kawasan kolam ini sebahagian daripada pakej yang ditawarkan.
Bagi yang belum pernah datang ke sini, apa kata luangkan sedikit masa anda di pagi minggu yang sejuk mengunjungi satu-satunya kolam panas di Jeli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan