I made this widget at MyFlashFetish.com.

Powered By Blogger

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Laman Utama

Rabu, 4 Mei 2011

Gajah liar tepi jalanraya timur-barat, keunikan di Jeli Kelantan

Gajah liar - di tepi jalanraya timur-barat

Sekiranya anda melalui jalan raya timur-barat yang menghubungi Jeli dan Grik, mungkin anda sering mendengar cerita tentang gajah liar selalu melintas jalan ini. Ada yang berkumpulan, ada yang seekor, baik melintas atau duduk di tepi jalan ini sama ada waktu malam mau pun pada siang hari.

Semalam saya ke Kedah atas urusan perniagaan, ketika melalui laluan ini saya sempat merakam gajah di tepi jalan ini.

Sebenarnya, saya kerap kali bertemu dengan kumpulan gajah liar ini sepanjang mengguna laluan ini, zon gajah melintas ini bermula sekitar Batu 14 iaitu selepas kedai makan Kg Batu Melintang. Di sini kebiasaanya kaki pancing ke Tasik Pergau kerap kali bertemu.

Tempat paling rutin gajah ini lintas biasa selepas restoran Puncak Titiwangsa iaitu kawasan terowong tanah runtuh dan tempat yang dipacak signboard gambar gajah. Majoritinya di waktu malam.
Jadi sebolehnya berhati-hati di kawasan ini.

Jadi kepada pengguna yang belum biasa guna jalan ini sekiranya anda bertemu dengan kumpulan gajah liar antara langkah patut di ambil,
1. Jangan berhenti kenderaan dan turun untuk melihat gajah ini dengan lebih dekat. Kalau nak ambil gambar pun dari atas kereta kerana harus diingat ini gajah liar bukannya dalam zoo.
2. Beri laluan kepada kumpulan gajah ini untuk melintas jalan. Sekiranya pada waktu malam, matikan dulu lampu kereta ketika mereka ini melintas jalan.

3. Jangan sekali sekali hon kepada kumpulan gajah ini. Kerana mereka akan respon dengan agresif seperti kejar balik kereta anda.
Diharap tips-tips ringkas ini dapat membantu para pemandu.

Air Terjun Jeram Linang di Machang Kelantan


Air Terjun Jeram Linang di Machang Kelantan
Salah satu lokasi riadah yang menarik untuk dikunjungi di Kelantan ialah Air terjun Jeram Linang, Machang. Ia merupakan Air Terjun terawal dimajukan di Negeri Kelantan. Lokasinya terletak di dalam Hutan Simpan Ulu Sat, Machang.

Untuk pergi ke Air Terjun Jeram Linang anda boleh pergi dengan kenderaan sendiri dan juga kenderaan awam. Jarak dari bandar Pasir Puteh ialah 20 km, manakala 22 km dari bandar Machang, dan perlu melalui jalan lebuhraya Machang-Pasir Puteh.

Pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan di Air Terjun ini seperti Tandas Awam, Wakaf Rehat, Musalla, Restoran dan Tempat Letak Kereta. Pengunjung Air Terjun Jeram Linang ini boleh melakukan aktiviti Jungle Trekking dan mandi-manda di tempat ini. Kawasan perkhemahan juga disediakan.

Dengan persekitaran yang bersih dan nyaman, Jeram Linang merupakan lokasi yang boleh anda fikirkan apabila anda singgah di negeri yang juga dikenali dengan nama negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Bagi rakyat negeri ini, Air Terjun Jeram Linang merupakan antara destinasi yang dikunjungi untuk mengisi masa lapang di hujung minggu.

Gunung Reng Tarikan Pelancong

 
Sejarah
Mengikut sejarah Gunung Reng terjadi ekoran masyarakat kampung meraikan temasya besar-besaran selama 7 hari 7 malam. Pada kemuncak temasya tersebut penduduk meraikan dengan melagakan kucing dan anjing di atas bumbung rumah pada waktu zohor. Pada masa yang sama cuaca tiba-tiba bertukar menjadi gelap besertakan ribut dan hujan lebat.

Difahamkan, pada masa itu ada seorang nenek dan cucunya pulang untuk mengankat padi yang dijemur. Apabila kembali ke temasya tersebut beliau terkejut apabila melihat batu besar (gunung) telah menghempap tempat temasya tersebut.

Gunung ini juga menjadi tempat tinggal Puteri Saadong. Walaubagaimanapun puteri tersebut tidak tinggal lama di situ kerana tidak sukakan tabiat masyarakat kampung yang tidak pulangkan kembali peralatannya yang dipinjam.

Ekoran dari kekecewaan itu, puteri membawa diri ke Gua Ayam, Gua Musang. Untuk menguatkan lagi kenyataan di atas, gunung tersebut dikatakan berasal dari Ulu Sungai Reng, yang terletak diantara sempadan Kelantan dan Perak. Tapak asal gunung tersebut kini berbentuk kolam. Dari nama Sungai Reng itulah nama Gunung Reng tercipta. Pada dahulunya kampung tersebut dikenali sebagai Kampung Tala.

Walaubagaimanapun keaslian kenyataan tersebut belum terungkai sepenuhnya. Gunung Reng menanti pengkaji yang dapat mengesahkan sebuah lagenda. Gua-gua  serta kesan peninggalan mungkin dapat menjadi bahan bukti bagi menguatkan lagi fakta kejadian gunung ini

 Lokasi/ Prasarana
Gunung Reng menjadi ikon kepada Jajahan Jeli. Gunung yang mempunyai lagenda serta keunikannya tersendiri ini tesergam indah di bahu jalan seolah-olah menjadi penyambut  tetamu untuk  Negeri Kelantan dan Daerah Jeli bagi mereka yang menggunakan Lebuh Raya Timur Barat.

Gunung yang dikaitkan dengan Puteri Saadong ini terletak di Kampung Gunong berhampiran Kampung Batu Melintang lebih kurang 15 kilometer dari Pekan Jeli. Keaslian dan keunikan ciptaan Allah ini menanti kunjungan tetamu yang ingin menikmati suasana serta mengkalji kesan peninggalan serta artifak yang terdapat di dalam gua tersebut.

Keindahan gunung ini bertambah menarik dengan inisiatif Majlis Daerah Jeli membina kemudahan asas seperti taman permainan kanak-kanak, pondok rehat, gerai jualan serta masjid yang sudah sedia ada untuk kegunaan masyarakat setempat.

Sungai yang cetek, air yang bersih serta sejuk terdapat berhampiran dengan gunung sesuai untuk mandi- manda serta aktiviti perkhelahan seisi keluarga. Aktviti perkhemahan juga amat sesuai di tempat ini kerana mempunyai kawasan lapang dan kemudahan asas yang mencukupi.

Gambar : Masjid Kg. Gunong berlatar belakangkan Gunung Reng      Kecil : Pintu gua Gunung Reng

Pasar Besar Siti Khatijah yang Menarik dan Murah!!



Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walau bagaimanapun iainya telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita.Satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga.

Pasar ini mempunyai empat tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya.

Tingkat satu pula diperuntukan kepada makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal. Juga terdapat ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlaut, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling tersohor bagi rakyat negeri Kelantan.

Kuih tradisional Kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita dan pelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini.Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan. Setiap pagi ia merupakan nadi penggerak utama aktiviti perniagaan bandar Kota Bharu. Yang paling menarik ialah sebahagian besar dari peniaga di pasar ini terdiri dari kaum wanita kelantan sesuai dengan namanya. Pasar Besar Siti Khadijah, nama asalnya Pasar Buluh Kubu.

Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya. Gabungan warna-warni, aroma dan suasana hingar-bingar mengambarkan kepelbagaian barangan yang diniagakan. Berbagai jenis barangan ada dijual diantaranya makanan, sayur-sayuran, ikan, ayam, pakaian, rempah-ratus, barangan kraftangan tembaga dan perak dan banyak lagi.

Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Semua peniaga akan menghentikan segala urusan jual beli setelah masuk waktu sembahyang selama 15 minit. Ini bagi membolehkan semua pengunjung dan peniaga menunaikan solat.

Kolam Air Panas Jeli: Antara tarikan dan nilai perubatan



Daerah Jeli, sememangnya kaya dengan keindahan dan sumber alamnya. Salah satu kurnia semulajadi yang jarang-jarang terdapat di tempat lain ialah kolam air panas.
Mungkin sesetengah orang sudah mengetahui akan kewujudan  kolam air panas di Jeli. Namun saya percaya ada juga yang ramai belum tahu. Di sini saya akan paparkan serba sedikit informasi berkenaan kolam air panas tunggal di Jeli.
Kolam air panas di tanah tinggi
Kolam air panas ini terletak di kawasan Batu Melintang, iaitu di tepi jalan raya Timur Barat yang menghubungkan Jeli dengan Gerik di Perak. Kawasan ini lebih dikenali sebagai Kg Kolam Air Panas.
Sebenarnya untuk sampai ke kolam air panas ini, anda hanya perlu mengambil jalan menghala ke Gerik, Perak. Lokasinya terletak 25 km dari bandar Jeli atau 20 minit perjalanan.  Bagi yang tiada kenderaan sendiri, terdapat dua pilihan iaitu anda boleh Menaiki bas trip Jeli – Gerik yang biasa bertolak sekitar jam 11.00 pagi,  namun hanya untuk perjalanan pergi sahaja untuk balik anda kena naik teksi atau lori.
Pilihan kedua mengambil teksi di bandar Jeli untuk perjalanan pergi dan balik. Pilihan terbaik baik pergi dengan kereta sendiri. Sekiranya anda ke Tasik Pergau dari bandar Jeli, anda berjumpa kolam air panas ini terlebih dahulu. Ada masa sila singgah sekejap.
pintu gerbang ke kolam air panas Jeli
Sebenarnya kawasan ini, terletak di tanah tinggi iaitu kaki banjaran Titiwangsa dengan sumber air panas keluar dari celah-celah batu pergunungan. Jadi bagi yang tidak biasa anda jangan terkejut dengan jalan menuju ke kolam, menuruni cerun bukit yang agak curam. Brek kereta kena mesti dalam keadaan baik. Kolam ini hanya terletak sekitar 200 meter dari jalan besar, dengan jalan ditar sepenuhnya.
Pembangunan kolam ini sebagai kawasan reakreasi telah lama dibuat oleh pihak berwajib. Dengan kemudahan surau, meja makan, bangsal untuk beteduh serta jambatan merentasi kolam. Sekitar kolam turut sama dinaik taraf iaitu kawasan tebing kolam disimen, laluan perjalan kaki dibina dan  tangga disediakan. Ini bertujuan menyediakan persekitaran 3S iaitu yang lebih sesuai, selesa dan selamat. Khususnya bagi yang berkeluarga.

Kolam 3  beradik

Kolam panas di sini terdapat 3 kesemuannya iaitu kolam sulung, tengah dan bongsu. Kedudukan kolam ini berdasarkan tahap kepanasan ,kolam sulung paling panas dan diikuti dengan kolam tengah dan terakhir kolam bongsu. Kolam sulung merupakan sumber air panas keluar dan dialirkan ke kolam lain. Kebiasaannya menjadi tempat merebus telur bagi setengah pengunjung, nak cepat masak bawa telur puyuh.
Kolam kedua dan ketiga lebih sesuai untuk mandi, kerana suhu air yang lebih rendah. Kolam bangsu dicadangkan untuk kanak-kanak mandi.
Kolam air panas, selain kawasan rekreasi turuti sama dipercayai mempunyai nilai dari segi perubatan. Ini saya pratikkan semasa mengunjungi sebuah kawasan air panas di Selangor, setiap pagi minggu berpusu-pusu orang ramai datang bersuana di sini.
Majoritinya dari bangsa tiohghua, kesedaran tinggi di kalangan mereka terhadap nilai perubatan kolam air panas mewujudkan satu budaya unik. Kebanyakan datang berkeluarga malah ada menjadikan rutin mingguan.
Namun bagi yang kali pertama datang berendam di sini, anda akan lenguh-lenguh tubuh dan bagi yang fobia dengan bau belerang atau sulfur, mungkin sekadar merendam kaki.

Cuaca waktu pagi di kawasan berbukit ini yang agak sejuk dan keredupan pokok hutan yang menghijau merupakan satu kelebihan yang jarang-jarang terdapat pada kolam air panas yang lain.

Tidak seperti mana kolam air panas lain, kolam ini agak kurang dikunjungi berdasarkan suasana sekitar kolam ni. Dengan beberapa kemudahan telah rosak dan terbiar. Kemungkinan faktor lokasi, kurang pendedahan dan perlibatan kawasan ini kepada umum meyuramkan suasana di sini.

Pertumbuhan industri inap desa @ homestay di kawasan Jeli sejak 2-3 tahun kebelakangan ini, boleh memasukkan kawasan kolam ini sebahagian daripada pakej yang ditawarkan.

Bagi yang belum pernah datang ke sini, apa kata luangkan sedikit masa anda di pagi minggu yang sejuk mengunjungi satu-satunya kolam panas di Jeli.

Tasik Pergau lokasi kaki pancing



Tasik Pergau adalah tasik buatan yang terbentuk akibat projek hidroelektrik. Tasik ini terletak di tepi jalan raya timur barat yang menghubungi Jeli di Kelantan dan Grik, di Perak.

Tasik ini terletak di kawasan tanah tinggi, ini boleh dirasai sekiranya anda bermalam di tasik ini, sejuk hingga ke tulang. Tasik Pergau, di kenali dengan panggilan batu 14 oleh kaki pancing di sekitar Jeli kerana lokasi pintu masuk kaki pancing  ke tasik ini terletak di kilometer 14.

Terdapat 3 akses ke tasik ini oleh kaki pancing iaitu batu 14, pengkalan kesedar dan batu 17 , namun jalan ini sudah tidak boleh diakses kerana sudah semak samun. Spesies yang biasa menjadi buruan kaki pancing ialah toman, sebarau, baung, talapia, tengas.

Toman Pergau biasanya diburu pada waktu tengahari dengan berumpan anak keli saiz (12 ekor/ kg) sekitar pulau di tasik ini. Toman merupakan ikan palig popular di tasik ini. Sekitar 2002-2005 tasik Pergau menjadi semacam pesta di hujung minggu oleh kaki pancing kelantan memburu toman kerana terdapat begitu banyak ikan berjalur batik di dalam tasik ini. sekiranya bertuah anda mungkin boleh naikkan toman sekitar 10-15 kg.
Baung kebiasaan diburu disebelah malam, berumpankan anak ikan seperti anak daun dan anak keli 2 inci. Baung sekitar 2-5 kilo boleh didapati di tasik ini sekiranya kena dengan tempat pancing.
Bagi yang ingin merasa tarikan ikan bersisik seperti tengas dan sebarau anda boleh ke hulu air atau palo air tasik ini. Hulu air, nama jolokan untuk hulu sungai pergau yang menghala masuk ke dalam tasik ini. Di sini terdapat spesies tengas sekitar 1-2 kilo galak bermain air chegar.

Bagaimana untuk ke sana:

sekiranya anda dari Kota Bharu/K. Terengganu atau timur.
anda perlu menghala ke bandar Jeli iaitu lebih kurang 100 km dari K. Bharu. Tasik ini terletak lebih kurang 40 kilometer ke timur Jeli. Anda perlu melalui jalan raya timur barat menghala ke Grik, Perak.

sekiranya anda dari Perak atau utara,
anda perlu mengambil laluan jalan timur barat menghala ke kelantan. Selepas pekan Grik, anda akan bertemu dengan tasik Banding. Dari tasik ini, lebih kurang sejam perjalanan anda akan sampai di tasik Pergau.

Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, Cameron Highlands atau selatan.
anda boleh melalui jalan Gua Musang ke Jeli iaitu lebih kurang sejam setengah perjalanan dari Gua Musang anda akan sampai di Jeli. Tapi buat masa sekarang, laluan ini tidak digalakkan kerana banyak jalan rosak, sekiranya pakai 4WD tiada masalah.
Anda mungkin boleh ambil laluan biasa dari Gua Musang – Kuala Krai – Machang – Jeli. cuma laluan ini jauh sedikit tetapi selamat buat anda dan kereta. Selepas sampai di Jeli, ambil jalan ke Grik.

sekiranya anda dari Pattani atau selatan Thailand
terdapat 2 pintu masuk sempadan untuk kenderaan satu di Bukit Bunga – Buket Thai dan Rantau Panjang – Golok. Dari bandar Rantau Panjang ambil jalan lama ke Jeli atau dikenali jalan Lalang Puyu. Sampai di cabang 3 puyu ambil kiri menghala ke Jeli. Selepas sampai di Jeli terus menghala ke Grik.

Penginapan di Tasik Pergau
Terdapat 2 pilihan bagi pemancing/pengunjung untuk bermalam di tasik ini, bermula tahun 2007  kesedar Jeli telah membangunkan beberapa chalet iaitu di sekitar pulau atau di tebing tasik. Anda boleh menyewa chalet ini, untuk sebarang pertanyaan berkenaan kadar sewa atau tempahan sila rujuk kesedar Jeli.
Pilihan kedua, anda boleh membawa khemah dan bermalam di beberapa buah pulau seperti pulau D.O atau pulau PAS, untuk lebih selesa anda boleh sewa tapak khemah dari kesedar atau mencari sendiri lokasi pulau yang sesuai. Anda boleh menyewa bot di pengkalan kesedar untuk tujuan ini.

Pemancing tidak digalakkan berkhemah di tebing tasik bersempadankan hutan simpan gunung Basor sekitar tasik kerana terdapat gajah liar dan harimau. Aktiviti perkhemahan di hulu air tidak digalakkan kerana terdapat pemancing pernah diserang gajah hutan ketika berkhemah di sini.

selamat memancing di Tasik Pergau dari komuniti jeliloni.com

Taman Negara Kuala Koh Gua Musang





Taman Negara Kuala Koh merupakan satu-satunya pintu masuk rasmi di negeri Kelantan untuk ke Taman Negara. Terletak di hujung ladang kelapa sawit, Kuala Koh agak unik jika hendak dibandingkan dengan Taman Negara Kuala Tahan. Kuala Koh terletak bertentangan dengan Sungai Lebir dan Sungai Koh. Taman Negara Kuala Koh merupakan sebahagian daripada Taman Negara Semenanjung yang meliputi 4343 km persegi di mana termasuk negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ia merupakan rumah kepada pelbagai spesis flora dan fauna yang unik.
Info Pelawat :

Permit Dan Lesen
Setiap pelancong mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap satu dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu.

Penginapan
Sejak Februari 2006, penginapan, makanan dan aktiviti kini di bawah pengurusan pihak swasta. Terdapat syele, asrama dan juga tapak perkhemahan untuk bermalam di sana.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Pejabat PERHILITAN
Jajahan Gua Musang
Wisma Persekutuan
18300 Gua Musang
Kelantan
Tel/Faks : 09-912 2940

Taman Negara Kelantan, Kuala Koh
18300 Gua Musang, Kelantan
Tel : 09-928 2952 begin_of_the_skype_highlighting 09-928 2952 end_of_the_skype_highlighting

Keindahan Air Terjun Dabong!



Bermula di bandar Kuala Krai, Sungai Cruise bergerak ke hulu melalui hutan hujan jalan dara ke bandar Dabong. Apabila anda melewati hutan tropika abadi dan sejumlah komuniti sungai, rahsia hutan perlahan-lahan akan mendedahkan diri kepada anda.

Anda boleh melihat sekilas satwa liar hutan pemalu. Kingfishers, helang dan burung enggang di mana-mana, bersama-sama dengan pelbagai jenis monyet. Gajah diketahui mendiami daerah ini juga ...
Key
Sebuah topi, tabir surya, bug repellant dan sebotol air adalah suatu keharusan petualangan ini kerana anda akan menghabiskan sebahagian besar hari di luar rumah.

Dengan BusBus Muat Nombor 5 yang meninggalkan terminal Kota Bahru pada pukul 7.45 setiap pagi untuk Kuala Krai. Pada Kuala Krai, mengambil perahu yang meninggalkan pukul 10.00 WIB untuk Dabong. Ini adalah naik perahu 2-jam. Perahu kembali ke Kuala Krai daun Dabong di 03:15.

Rabu, 20 April 2011

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak,   kaum
kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang  menarik dan boleh
dijadikan  bahan  renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali
Abu Talib.

Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata:  "Pada hari perkahwinan dengan
Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus
untukku:"

1.  Wahai Ali, takutilah  engkau   daripada   memasuki   tempat  mandi  (hammam)
tanpa  memakai  separas  pinggang.    Bahawasanya   barang   siapa   memasuki   tempat
mandi  tanpa  kain  separas  pinggang,  maka dia mendapat laknat (mal'un).

2.  Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari  telunjuk  dan  di jari tengah'.
Sesungguhnya adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3.  Wahai Ali, sesungguhnya  Allah mengagumi  hamba‐Nya  yang  melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu  la  yaghfirul‐zunuba  illa  Anta"   ( Tuhanku,  ampunilah  aku. 
Sesungguhnya  tiada   yang    mengampunkan   dosa  melainkan  Engkau).   Allah lalu
berfirman:  "Hai malaikat‐Ku, sesungguhnya hamba‐Ku ini mengetahui bahawasanya tiada
yang mengampunkan  dosa melainkan. Hai malaikat‐Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku
telah mengampuni dia".

4.  Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya  berdusta  itu
menghitamkan muka disuratkan oleh Allah sebagai  kazzab (pendusta).  Dan,
bahawasanya  benar  itu  memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq.
Ketahuilah engkau,  bahawasanya  sidq (benar)  itu

5.  Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu‐dumba.
Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur  dan
menjadi  penghalang  kepadanya di pintu syurga.

6.  Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau
benar,  kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah
engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang
bersumpah dusta dengan nama‐Nya.

7.  Wahai  Ali,  janganlah  engkau   mencita‐citakan  rezeki  untuk  hari  esok.
Bahawasanya   Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8.  Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah‐bantah dan  berkelahi  dengan
maki‐hamun  dan sumpah‐seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan
pada akhirnya penyesalan.

9.  Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi.
Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah,
manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikatkerana malaikat amat tidak senang dengan
bau mulut kerana sisa‐sisa  makanan di celah  gigi  tidak dicolek selepas makan.

10.  Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul  rasa marah,
duduklah  engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan  kesabaran  Allah Taala ke atas
hamba‐Nya.   Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah
engkau kepada kesabaran.

11.  Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang  telah  engkau
nafkahkan  untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan
daripada Allah.

12.  Wahai Ali, apa yang engkau  benci pada  diri  engkau,  maka  engkau  bencikan  juga
pada  diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka  engkau
kasihkan juga  pada diri engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi
hukuman.   Dengan itu, engkaudikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13.  Wahai Ali, perbaikkanlah  perhubungan  di antara  penduduk (jiran) sekampung
dan  antara  ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka  sekaliannya  dengan rasa
persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan
kelepasan. InsyaAllah Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka
berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

Sungguhpun  wasiat  itu  khusus  kepada  Ali,  namun  kita  sebagai  Muslim  dan   muslimah,
perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.

Larangan  dan  suruhan  Rasulullah  saw  melalui  wasiat  itu,  adalah  juga  untuk  kaum
Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah
ciri‐ciri utama  orang beriman.
RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum

kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh

dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali

Abu Talib

AIR TERJUN KEM SRI BONGOR LATA RENYOK

Lata Renyok adalah salah satu tempat perlancongan dan pusat rekreasi yang menarik untuk kunjungan keluarga atau member..bertempat di air terjun renyok.. ianya terletak dalam daerah jeli,. air terjun ini tidak berapa jauh dari pekan jeli, kira-kira 15 km dan mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan jenis kereta atau motor.

Tempat ini juga sesuai untuk berekreasi,berkelah, berkhemah dan sebagai nya.. pusat rekreasi ini juga turut menyediakan kemudahan untuk pengunjung seperti dewan, surau, tandas, pondok, kedai dan tempat beriadah, tempat parking untuk (kereta,bas, motor dan kenderaan lain) dan banyak lagi kemudahan yang disediakan.

Air terjun ini mempunyai 5 tingkat air terjun.. di sini juga mempunyai beberapa lata yang lain seperti lata buaya, lata jambu, lata periuk dan banyak lagi..Air nya yang jernih dan dengan keindahan alam flora dan fauna nya dapat memukau sesiapa sahaja yang berkunjung kesini.

Disini juga kita dapat menenangkan jiwa, hati, fikiran dengan melihat keindahan alam. bunyi kicauan burung, cengkerik, unggas, desiran air terjun dan sebagainya..

Tempat ini menjanjikan kepuasan , keseronokan dan pengalaman yang sukar untuk dilupakan oleh setiap pengunjung yang berkunjung kesini..

Baru belajar buka blog

saya nk mtk tunjuk ajar korang dan pandangan korang untuk blog ini..
bru kali pertama aku buat blog nie.. huhu